Powered by Blogger.
RSS

Projek Enzim Sisa


Sekolah kami telah mempelbagaikan lagi fungsi yang berasaskan
enzim sisa sebagai salah satu langkah untuk menjayakan
Progam Sekolah Hijau anjuran USM
yang banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat.
Antara fungsi enzim-enzim yang telah kami sedang
lakukan adalah sebagai racun serangga,
pencuci pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat enzim sisa adalah seperti berikut :-

1) bekas-bekas kedap udara 


2) gula merah


3) sisa-sisa makan



4) daun-daun herba yg diperolehi dari sekitar kawasan asrama sekolah
antaranya adalah daun mambu, daun hempedu bumi dan juga cili api.


Langkah-langkah penyediaan enzim sisa adalah seperti berikut :-

a) Masukan gula merah ke dalam bekas kedap udara.




b) Selepas itu, ambil sisa-sisa makanan dan masukan ke dalam bekas kedap udara yg telah diisi dengan gula merah.




c) Terdapat juga bekas kedap udara yang diisi dengan daun-daun herba.




d) Selepas mengisi semua bahan-bahan yang diperlukan, bekas-bekas kedap udara tersebut hendak la dilabelkan mengikut fungsi enzim dan juga tarikh. Butir-butir amatlah penting untuk meninjau dan merekodkan pemerhatian sesebuaah bekas kedap udara.




e) Penuhkan bekas kedap udara tersebut dgn air mengikut sukatan yang telah ditetapkan.



f) Gaulkan semua bahan tersebut sehingga sebati.




g)  Akhir sekali, tutup bekas kepad udara tersebut dan letakkannya di atas rak. Pastikan anda membuka penutup bekas setiap hari selama sebulan untuk memastikan tindak balasan gas yang berlaku di dalam bekas tersebut dapat di keluarkan.



h) Beginilah keadaan bekas-bekas kedap udara yang mengandungi enzim yang telah siap. ^^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

RU VCOMP said...

bila dah boleh guna enzim tu, cuba la aplikasikan untuk basuh pinggan dan juga cuci longkang... nanti tangkap gambar dan upload dlm blog...

selamat maju jaya...

Post a Comment