Powered by Blogger.
RSS

Hasil Projek Enzim Sisa

Setelah tiga bulan... inilah hasilnya..




 bekas kedap udara yang mengandungi sisa-sisa bahan seperti pisang 
dan dicampur dengan gula merah serta air..


proses menapis enzim sisa sedang dilakukan oleh pelajar.. 
 
 

proses selanjutnya iaitu menuangkan ezim ke dalam botol.. 


  diikuti pula dengan proses melabel botol-botol mengikut
fungsi enzim dan penggunaannya..


 pada kali ini kami cuba untuk menggunakan gula kabung
bagi menggantikan gula merah..


 proses melabel botal


Proses yang sama dilakukan untuk ezim-ezim yang berikutnya 










Inilah hasilnya... 

 


 sisa-sisa bahan tersebut di letakkan di tapak projek kompos..


pelajar sedang meratakan sisa-sisa buangan..


kemudian, rumput kering diletakkan di atas permukaan kompos
yang terdapat sisa-sisa tersebut..


Percubaan menggunakan enzim sebagai pencuci lantai serta pinggan:-


Sebelum 
 Meja kantin yang kotor dan dihurungi lalat-lalat

 enzim tadi telah di campurkan dengan sedikit air..
(dua penutup botal yang mengandungi enzim dan 1 liter air)


Selepas
 meja kantin kini sudah bersih dan tidak lagi dihurungi lalat..



Sebelum 
 kali ini kami menggunakan enzim tersebut untuk membasuh pinggan..





Selepas 
pinggan yang kini sudah bersih lagi berkilat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek Kompos

Langkah-langkah lanjutan :- 


1) Tahi lembu sumbangan daripada jiran tetangga yang bermurah hati untuk membantu




 2) Rumput-rumput kering yang dikumpalkan oleh para pekerja sekolah.
 



3) Pelajar membuka bungkusan yang mengandungi tahi lembu.


4)Pelajar menaburkan tahi lembu dan meratakan di atas bahan kompos.


5) Projek yang sudah hampir selesai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Projek Enzim Sisa


Sekolah kami telah mempelbagaikan lagi fungsi yang berasaskan
enzim sisa sebagai salah satu langkah untuk menjayakan
Progam Sekolah Hijau anjuran USM
yang banyak memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat.
Antara fungsi enzim-enzim yang telah kami sedang
lakukan adalah sebagai racun serangga,
pencuci pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat enzim sisa adalah seperti berikut :-

1) bekas-bekas kedap udara 


2) gula merah


3) sisa-sisa makan



4) daun-daun herba yg diperolehi dari sekitar kawasan asrama sekolah
antaranya adalah daun mambu, daun hempedu bumi dan juga cili api.


Langkah-langkah penyediaan enzim sisa adalah seperti berikut :-

a) Masukan gula merah ke dalam bekas kedap udara.




b) Selepas itu, ambil sisa-sisa makanan dan masukan ke dalam bekas kedap udara yg telah diisi dengan gula merah.




c) Terdapat juga bekas kedap udara yang diisi dengan daun-daun herba.




d) Selepas mengisi semua bahan-bahan yang diperlukan, bekas-bekas kedap udara tersebut hendak la dilabelkan mengikut fungsi enzim dan juga tarikh. Butir-butir amatlah penting untuk meninjau dan merekodkan pemerhatian sesebuaah bekas kedap udara.




e) Penuhkan bekas kedap udara tersebut dgn air mengikut sukatan yang telah ditetapkan.



f) Gaulkan semua bahan tersebut sehingga sebati.




g)  Akhir sekali, tutup bekas kepad udara tersebut dan letakkannya di atas rak. Pastikan anda membuka penutup bekas setiap hari selama sebulan untuk memastikan tindak balasan gas yang berlaku di dalam bekas tersebut dapat di keluarkan.



h) Beginilah keadaan bekas-bekas kedap udara yang mengandungi enzim yang telah siap. ^^


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS